July 31, 2011

'kakak...kakak tak tidur lagi ke?....'

Sempena bulan Ramadhan nie...marilah kita memperbanyakkan amalan...chop2!! Kalau citer pasal Ramadhan nie...hantu setan sumer kna ikat kan? So takdelah yang takut nak bangun malam kan?

Citer pasal hantu nie...bukan semua orang dapat tengok benda nie...aku pown setakat kena2 tegur gitu.... especially masa aku duk kat asrama dlu...asrama mana ek? sampai sekarang pown aku duk kt asrama...haha... time aku skolah dlu2 la...aku slalu balek lewat malam sebab ada latihan pancaragan kn...so, one night...

aku pown balek lambat la cm biasa kn...aku da abes solat Isyak basuh muka semua, aku pown ambil la buku latihan matematik PMR aku untuk mengulangkaji pelajaran...aku kn budak rajin...haha..'masuk bakul angkat sendiri plak'...sekali-sekala...=)

so aku pown study...sedar tak sedar dah pukul 2.00 pagi woo....semua budak dorm aku dah tido...tapi baru aku sedar ad sorang budak dorm aku tk ade kt katil...'mana budak nie pergi?', detik hatiku. Lalu aku pown mempersetankan perasaanku. Lagipown budak tu bkan bdak kecikg] g pown. pandai2 die la nak hidup.

Lalu, aku cuba memejamkan mata ku. Aku tutup dan aku bukak mata aku. First time aku rasa tak mengantuk walaupown aku penat setengah mati ari nie...'Napa ek? tamao lelap plak....', fikirku. Lalu aku teringat. Sudah beberapa malam tidurku terganggu. Malam2 sebelum ini, katilku digegarkan ala-ala Rolller Coaster. Padahal aku tidur bertiga di situ. tapi kawan2 ku tidur mati. 'Hantu punya budak', getus hati kecilku.

Tiba-tiba, aku terdengar bunyi tapak kaki kecil yang berlari2 di sekitar katilku. Seperti bermain lagaknya. Berlari ulang-alik di sebelah katilku. 'Gerangan apakah itu?', bisik ku cuak. Kedengaran tawa suara budak kecil. 'Hihihi...', tergelak2 keriangan. Aku mula menggigil. Sedar 'budak' itu hanya mengusik aku.

Lalu aku bersuara di dalam hati, 'kau nak apa? sini bukan tempat kau...pergi main jauh2...jangan kacau aku..aku datang sini nak belajar...'. Seketika budak itu mendiamkan diri. Aku berasa lega.

Namun, kemudian kedengaran lagi tapak kaki kecil itu berlari2. Tiba-tiba. 'Kakak...kakak tak tidur lagi ke?'....begitu halus suara itu. Terasa dekat di telinga aku. Nafas aku terhenti seketika. Kemudian kedengaran tawa kecil budak itu. 'Pergi jauh2!!', bentakku dalam hati. 

Tiba-tiba aku terdengar bunyi pintu dorm dibuka. Aku melihat kelibat adik dorm ku di katilnya. Aku berasa lega melihat dia di situ dan aku bersyukur kerana selepas itu ternyata budak kecil itu tiada di situ lagi.




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...