"HA!HA!HA!", terdengar suara ketawa daripada sekumpulan budak lelaki.
Elyana pusing kepala dengan geramnya. Mata coklat hazel kepunyaannya tertancap pada muka seorang budak lelaki yang tak seberapa nak elok perangainya.
"Sapa suruh ko duk berangan dekat kerusi tu?? pulak tu sebelah tong sampah pulak tue...kih3...", ejek Zack sambil bersisa ketawanya.
"HOI!! muka tu da la tk hensem...perangai tu biarla elok sikit....", jerit Elayana geram.
"HEY!! sapa kata aku tak hensem...muka aku ni la yang ramai duk angau tahu?? kau tu je yang tak ada perasaan...hisy...pompuan ke apa ko nie??", balas Zack sambil mengurut dada.
Sengaja Zack mahu menaikkan kemarahan Elyana. Gadis berkaca mata Oldschool itu memang sukar didekati. Tambah lagi dengan perangainya yang panas baran itu.
"Hisy!! ko memang nak kena nie....", ujar Elyana.
Pantas dia bangun dan mengutip tin minuman yang menghentam kepalanya sebentar tadi. Dengan gaya yang begitu cool, Elyana menendang tin minuman itu ke arah Zack.
"ADOII!! WOI! Ko nak bunuh aku ke?!!", bentak Zack apabila dia tidak sempat mengelak impak dari tendangan maut itu.
"PADAN MUKA KO BIAWAK!!", jerit Elyana sambil menjelirkan lidahnya dan berlari pergi.
Hatinya terasa cukup sebal diperkenakan oleh Elyana. Pulak tu depan kawan-kawannya. Teruk dia digelakkan oleh mereka.
"CIS!! Jaga la ko pagi besok CICAK....", ujar Zack.
Amri, rakan baik Zack hanya mampu menggeleng kepala dengan perangainya yang kebudak-budakkan.
"Nape ko suka sangat cari pasal dengan Yana?? bukannye dia yang mula dulu tapi ko...", rungut Amri.
Kadangkala dia geram dengan Zack. kerana Zack lah dia tidak dapat mendekati Elyana. Gadis bermata empat itu memang 'sweet' sangat-sangat. Dengan mata coklat hazelnya yang bulat, bibir yang nipis kemerah-merahan...isy...macam anak patunglah muka dia tu. Dia pendiam dan tak mahu menonjolkan diri. Tapi yang bestnya dia kapten pasukan Futsal bdak pompuan. sebab tu la perut Zack lebam.
"Ko nak back up si Cicak tu atau pown aku??", ugut Zack.
terdiam Amri. Serba salah mahu menjawab. Dia tidak mahu perasaannya yang sebenar diketahui oleh mereka. Teruk dia nanti.
"Cool Bro...Lek lu.....", Wan berusaha menenangkan keadaan yang tegang antara kawannya yang berdua itu.
"HUH!! aku takkan rilek selagi si Cicak tu tak mendapat balasan yang setimpal. Ada ke dia pergi bawak biawak IGUANA kesayangan dia dulu waktu pergi camping?? sebabkan dia la aku dapat panggilan BIAWAK!! sebabkan Iguana tu aku demam seminggu!! sebabkan menatang tu kredibiliti aku sebagai mamat hensem terjatuh!! HUH!!", jerit Zack melepaskan geram.
Kawan-kawannya yang berdua itu menahan ketawa mengingatkan peristiwa yang memalukan itu. peristiwa itu berlaku semasa semester yang lepas sewaktu perkhemahan yang dianjurkan oleh kumpulan senior.
* * *
Pagi itu Zack terlewat bangun. Segera dia ke sungai untuk membersihkan badan. Sedang dia tergesa-gesa mencari sabun mandi di dalam baldinya...tiba-tiba dia terpegang sesuatu yang bersisik. lantas dia menjerit terperanjat. lebih malang pulak dia jatuh ke dalam sungai. nak lebih malang lagi...Zack tk pandai berenang.
lebih memalukan Zack lemas walaupun air sungai tu tak lah dalam mana pun.
lebih memalukan bila Zack dibawa naik ke atas. Elyana meluru lari ke arahnya. kononnya nak bangga ada orang ambil berat risau pasal dia. memang perasan betollah Zack tu. sampai je Elyana depan dia.
"WOI!! mana CIKUKUCI aku??", tanya Elyana garang.
"Apa dia?! Ci...Ci...Cicak??", ujar Zack yang ternyata begitu sukar untuk menyebut nama itu.
"Cicak ko panggil?! Nama punye glemer...CIKUKUCI lah...da lah ko campak menatang kesayangan aku tu....", rungut Elyana.
"Ada aku kisah ke ngan cicak ko tu...eeii...pengotor lah ko nie...", ejek Zack.
"tu bukan cicak lah...biawak....", sinis nada Elyana.
"Weyh...pasal ko punya menatang tu aku jd cmni thu??", bentak Zack geram.
"padan muka ko....", ujar Elyana sambil berpaling pergi. tangannya sibuk mengusap binatang kesayangannya itu.
merah muka Zack menahan marah ketika itu.
* * *
"weyh...ku da idea cmne nk kenakan si Cicak tu....", ujar Zack penuh makna tersirat.
"Camna weyh?? ce citer....", ujar Wan ingin tahu.
Amri turut memasang telinga. perasaan ingin tahu sangat menebal dalam dirinya. entah apa yang mahu dilakukan oleh Zack, hanya Tuhan saja yang tahu.
"korang tengoklah esok....bru dia tahu siapa aku......HAHAHAHA.....", ujar Zack sambil melangkah meninggalkan rakan-rakannya dalam keadaan terpinga-pinga.
"Zack ni gila lah....", spontan Wan berkata.
kemudian dia berlari mendapatkan Zack. Amri masih termangu di situ. masih berfikir. mengagak-agak apa yang akan berlaku esok. namun dia sendiri bingung. akhirnya dia melangkah mengikuti mereka.