April 04, 2011

sambungan cerita aku...

'Kring!!!' bunyi jam loceng berdering lagi.

Zack bangkit akhirnya. Dengan kemalasan yang berganda-ganda dia melihat jam loceng tersebut.

"Pukul 7.00 pg dah!! haru betul lah!!"....pantas Zack bangkit dari katil kesayangannya.

Dengan tergesa-gesa dia mandi. Tanpa sempat bersarapan pagi, dia terus memecut motosikalnya ke sekolah.

sesampainya dia dihadapan sekolah, dia melihat pintu pagar sekolah sudah ditutup oleh pengawas bertugas. lebih malang lagi, dia amat mengenali sesusuk tubuh yang berdiri di situ. Dengan rambut yang tersisir rapi, berseluar rapi dengan cermin mata berbingkai tebal berwarna hitam. Itulah, En. Amin guru disiplin yang digeruni oleh pelajar-pelajar di sekolah itu.

"Berhenti! Berhenti!", arah En. Amin.

Zack hanya mampu merenung jalan tar di situ. Malang sungguh nasibnya hari itu. Terasa pelik pula apabila dia seorang saja yang datang lambat ke sekolah pada hari itu.

"Nasiblah badan....", rungutnya dalam hati.

Tiba-tiba, terdengar bunyi deruman motor dari jauh. 

"Haa...nseb bek bkan aku sorang je yang lambat....", bisiknya lega.

namun, kelegaannya tidak berpanjangan. 

"Hah!! takkan dia kot?!! TIDAK!!", jerit hati Zack.

"Berhenti! kamu ni bawak motor macam pelesit...", tegur En. Amin kepada Elyana.

"Cikgu...Minta maaf...kali ni je cikgu...", rayu Elyana.

"Isy..kalau dah lambat tu terima je lah hukuman..", sindir Zack.

Merah muka Elyana mendengar sindiran sinis Zack. Puas hati Zack melihat muka Elyana yang sedang merah menahan kemarahan itu. Terasa dia telah menang kali ini.

"EEii...naseb bek ada Cikgu Amin...kalau tk memang sah benjol pipi dia nieyh...", geram Elyana.

Sakit hati Elyana melihat senyuman sinis Zack. Namun, dia hanya mampu menjeling geram.

Zack tiba-tiba tergamam. Dia rasa terpukau dengan jelingan tajam yang diberikan Elyana. Pantas dia melarikan pandangan ke arah lain.

"Kenapa dengan aku nieyh? Tiba-tiba jer....tapi dia ni comel jugakl bile marah ek??...", bisik hati Zack.

Dia terus tersenyum.

"Kamu ni kenapa senyum seorang diri ni?? kamu ingat saya akan lepaskan kamu?? kamu berdua ikut saya ke bilik saya...", arah En. Amin tegas.

Setibanya mereka di bilik En. Amin.....

"Dengar sini...saya tidak mahu mengambil tindakan disiplin terhadap kamu berdua memandangkan ini adalah pertama kali kamu lewat ke sekolah....oleh itu, saya akan mendenda kamu....", ujar En.Amin

"Denda? denda apa?", tanya Zack ingin tahu.

"kamu berdua dikehendaki membersihkan taman sekolah selama seminggu di bawah pemantauan pengawas bertugas....", balas En Amin

"Kami berdua?!", serentak Zack dan Elyana bertanya.

"Cikgu...tak boleh ke kalau saya kena denda lain?", tanya Elyana sambil menjeling ke arah Zack.

"Ya cikgu....Saya tak sanggup nak buat kerja dengan dia nieyh....", ujar Zack membalas jelingan Elyana.

"Keputusan saya muktamad!! saya mahu kamu bekerjasama membersihkan taman itu selama seminggu...jika tidak saya akan mengambil tindakan disiplin ke atas kamu...", tegas kata-kata En. Amin.

Zack dan Elyana hanya mampu mengeluh panjang.....



                                              *to be continued......

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...