May 09, 2011

cerita aku IV

Keesokan harinya, Elyana bangun awal pagi bersiap untu k ke sekolah. Dia tidak mahu terlambat lagi. Namun hatinya sentiasa berdebar-debar.

"Macam mana nie? Kenapa aku tkut pulak dekat Biawak tu?", bisik Elyana.

Namun, dikuatkan hatinya untuk ke sekolah. Zack bukanlah siapa-siapa pun baginya.

Sesampainya di sekolah, Elyana terus meletak motosikalnya di tempat yang disediakan.

"Eh? Macam kenal ja motor nie....nie bukan mtor...hah?!", terkedu Elyana sebentar apabila melihatkan motor Zack sudah tersadai di situ.

Lantas Elyana berlalu dari situ. Kerjanya yang terbengkalai semalam harus disiapkan. Namun, Elyana terperanjat apabila kawasan taman telah dibersihkan dengan rapi sekali.

"Ini mesti kerja biawak tu....isy!", ujar Elyana geram.

 Pantas dia melangkah ke kelas Tingkatan 5 Amanah. Menyedari itu adalah kelas senior...Elyana masuk dengan mengetuk pintu. Terus dia menuju ke arah Zack.

"Weyh! Kau ingat kau bersihkan kawasan aku tu, ko ni baek sangat la?!", marah Elyana. Terasa egonya tercabar ketika itu.

Zack sudah tahu perkara seperti ini pasti akan berlaku.

"Yang kau tak puas hati sangat ni kenapa? Tak sedar ke ni kelas orang? tunjuk lagak pulak...", sinis nada Zack.

"Aku pun tak ingin nak datang sini...tapi aku tak puas hati...MIND YOUR OWN BUSSINESS!! Jangan sibuk nk wat hal aku...", tegas nada Elyana.

"Dah kau tak buat kerja kau...kalau aku tk buat nanti kau dan aku kena lagi teruk....atau kau memang suka nak buat kerja dengan aku...Kau ada hati pada aku? Hmm...siapa lah yang balik menangis macam budak kecik semalam ek? Hmm...I wonder why...", ejek Zack.

Ketika itu perasaan ingin membalas dendamnya membuak-buak. Bukan senang dia nak menundukkan ego Elyana.

Elyana terdiam. Terasa dirinya begitu kerdil di saat itu.Semua mata di situ memandang tepat ke arahnya. Malah ada yang berbisik-bisik.

"Isy...dah lah datang kelas orang nka buat kecoh pulak...dah orang tolong dia...tak mahu berterima kasih pulak tu...teruk perangai...", terdengar suara Puteri dari jauh menyindirnya.

Puteri gadis yang meletup di sekolah pada ketika itu. Dia sangat menyukai Zack namun, cintanya tidak pernah berbalas. Terasa sakit hatinya melihat mereka sering bergaduh. Terasa seperti ada chemistry yang merapatkan lagi mereka.

"Kau ni memang TERUK!!", jerit Elyana sebelum melangkah pergi. Sempat dia menghadiahkan jelingan tajam kepada Zack.

 Zack terpaku melihat jelingan tersebut. Dia dapat melihat muka Elyana yang begitu sugul. Wajahnya yang putih itu kemerah-merahan menahan perasaan. Serta-merta perasaan bersalah menyelubungi dirinya. Namun dia sedaya-upaya menahan reaksi mukanya.

"Weyh! Kau buat apa nie? Dia tu kan perempuan...", ujar Amri tidak puas hati dengan sikap rakannya itu.

Wan yang berada berdekatan mereka segera mampir. Namun, tiada kata-kata yang terluah daripada bibirnya.

"Kan aku dah cakap aku nak balas dendam?", ujar Zack menegakkan benang yang basah.

"Tapi ni tak betul weyh...tengok macam mana berubah muka dia tadi...", balas Amri.

"Dah la...tak payah sesakkan kepala otak pikir pasal dia...baca buku tu...", ujar Zack namun dalam hatinya hanya Tuhan saja yang tahu.

Wan dan Amri masing-masing mendiamkan diri. Namun, riak wajah Amri jelas tidak puas hati. Wan pula kelihatan lebih bersahaja. Akhirnya mereka melangkah ke meja masing-masing. Zack mengelamun sebentar.

"Kenapa lah aku buat macam tu?", bisik hati Zack.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...