zack terduduk kepenatan setelah bertungkus lumus menyapu daun-daun yang berguguran di bawah pokok itu.
Terhenti seketika tugas Elyana apabila melihat Zack terduduk malas di bawah pokok itu.
"ZACK! Bangunlah buat kerja tu!" jerkah Elyana geram.
"Hey pompuan! kau nii tak boleh cakap elok2 ckit ke?!", balas Zack geram.
"Dengan kau buat apa cakap elok....", sinis sekali nada suara Elyana.
"Kau ni dah melampau betul lah!" pantas Zack berdiri dari duduknya. Terasa panas sungguh hatinya dengan perangai Elyana itu.
Elyana pula lantas mencampakkan pengaut sampah yang dipegangnya.
"Kenapa? Kau nak cari gaduh dengan aku?", sengaja Elyana menaikkan api kemarahan Zack.
"Kau ni memang betul lah nak kena dengan aku ek?!", tempik Zack. Lantas dia menarik tangan kanan Elyana. Tangan kirinya memaut tengkuk Elyana.
Elyana tergamam dengan tindakan spontan Zack. Seketika mata mereka bertemu. Dada Elyana tiba-tiba berdebar. Namun, disebabkan ego yang begitu menebal, Elyana terus menatap mata hitam Zack. Zack benar-benar marah pada saat itu. Namun, hatinya menjadi sejuk apabila bertatapan dengan mata bulat Elyana yang berwarna hazel itu.
"Kenapa dengan aku ni?", bisik hati Zack.
"Aku tak pernah perasan yang mamat ni hensem...", detik hati Elyana.
"ARGHH!!!", jerit Zack geram.
Perasaan dia tidak keruan ketika itu. Lalu dia terus melepaskan pegangan terhadap Elyana. Hampir-hampir Elyana terduduk di tanah.
"WOI!! Tak puas hati cakap la!!", jerit Elyana.
Zack tidak mahu melayan perasaan marahnya lagi. Dia terus berpaling dan berlalu pergi dari situ. Hatinya terasa sakit apabila berhadapan dengan Elyana.
"Mana kau nak pergi Zack?!!", marah Elyana.
Kerana terlalu geram akibat pertanyaannya yang tidak dibalas, Elyana menendang-nendang longgokan daun yang telah disapu oleh Zack. Dia tahu perbuatannya itu sia-sia namun hatinya terasa sakit. Lantas, dia berlalu pergi dari situ. Tanpa disedari air matanya membasahi pipi. Petang itu perasaan Elyana terasa lain sekali. Dia hanya mahu pulang ke rumah dan berehat sepuas-puasnya. Terus dia memecut menaiki motosikal hadiah hari lahirnya itu. Tanpa dia sedari ada seseorang yang sedang memerhatikannya.
* * * * *
Zack menggeleng kepala melihat daun-daun yang bersepah disebabkan Elyana. Namun kali ini, tiada sedikit pun perasaan marah terhadap Elyana. Kerja-kerja Elyana juga terbengkalai disebabkan dia.
"Apa nak jadi lah dengan dia ni....", rungut Zack.
Pantas Zack menyapu daun-daun itu. Kerja-kerja Elyana juga dia yang siapkan. Dengan perasaan rela hati.
Walaupun terasa teramat penat namun Zack tetap gigih. Akhirnya kawasan taman itu bersih hasil kerja Zack seorang. Zack pun berlalu dengan tenang.
to be continued**
No comments:
Post a Comment